Al-Sa'ihun fil Ardh

"Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan yang tidak mencintainya. Tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukai". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

Saturday, June 11, 2005

Kasih Ibu

ermm, arinih nadrah tetiba teringat ibu. Ibu yang dah lama Nadrah tak jumpa. nadrah teringat pengorbanan ibu yang byk terhadap kami adik beradik. Tok masa muda dulu selalu berpesan kpd kami adik beradik, "jgn cakap kasar dgn ibu, buat baik kepadanya, bila dah besar nnti.. dah bergaji jgn lupa bagi ibu merasa duit kita, keberkatan tu ada pada restu ibu"

Sekarang dah 25 thn ibu menjagaku, ibu dah byk berkorban utkku, ibu tidak pernah lupa utk mendoakan kami adik beradik. Masa nadrah kecil2 ibu byk bersusah payah, dari memberi nadrah susu hinggalah menukar lampin. kemudian ibu bersengkang mata pada mlm harinya utk memastikan nadrah tidur. Ibu menghantar ke sekolah yg baik2 utk memastikan nadrah mendapatkan ilmu yg manafaat. Ibu juga yg jaga nadrah bila nadrah sakit. Ibu mendoakan nadrah setiap hari dan setiap mlm utk menjadi anak yg solehah, anak yg berbakti kepada ibu bapa, anak yg berjaya dlm hidup, anak yg mendokong agama Allah.

Nadrah tahu ibu sekarang kesunyian di rumah. apabila anak2 semua dah besar, nadrah pula dah berumahtangga. tp nadrah nak ibu tau yg nadrah sentiasa mendoakan ibu dan bapak. Hati nadrah mmg sentiasa teringat pada ibu dan bapak. insyaAllah kita akan jmpa nnti bila nadrah balik. Mak, ampunkan dosa2 na pada mak. mak, na sayang mak.

Friday, June 03, 2005

count down...

Hari ni, jumaat…alhamdulillah sekali lagi sempat lunch di hospital bersama isteri tersayang sebelum menunaikan solat fardu jumaat..sama seperti hari hari lain dalam minggu ni, lunch bersama isteri di hospital menjadi satu rutin yang sangat seronok dan merupakan pengalaman yang sangat indah walau hanya sandwich dan panini menjadi hidangan, kerana bukan hidangan itu yang penting, tapi saat yang diluangkan bersama itulah yang paling bermakna…

Tempoh 2 minggu yang berlalu memberi banyak gambaran darihal suasana kehidupan seharian isteri di sini….tentang kesunyian, tentang kesusahan, tentang kepayahan, sejak dari awal pagi hingga ke malam hari, dari hari ke hari, minggu ke minggu, merangkumi urusan pekerjaan, urusan dirumah, keperluan harian dan peribadi, bertarung dengan keadaan, perasaan dan emosi…sangat susah…segalanya perlu dilakukan sendirian…

Hidup berseorangan cuma sesekali ditemani rakan, jauh di rantau orang….bukanlah satu yang diimpikan oleh setiap wanita bergelar isteri…setiap perbuatan, gerak geri, tutur bicara, pergaulan, penampilan, dan sebagainya perlu dijaga dan dipelihara…hanya mereka yang tabah, cekal, perpegang teguh pada kekuatan iman dan peribadi, serta paling penting bersifat redha, sahaja yang mampu menghadapi ujian ini..

sabarla banyak banyak, sayang kene kuat, dah tak lama lagi dah, sebulan je lagi, insyaAllah semuanya akan ok nanti”: itulah kata kata yang sering diulang kepada isteri…kerapkali terasa diri ini begitu lemah, hipokrit…mengucapkan sesuatu yang diri sendiri tak mampu lakukan..

Antara sedar dengan tidak, terima atau tidak, kini genap sudah 14 hari meluangkan masa bersama isteri tersayang di bumi dublin ni...terasa amat singkat, amat cepat masa berlalu....dengan izin Allah, hari esok pasti akan datang..hari untuk diri ini berangkat semula pulang ke malaysia untuk kembali meneruskan kehidupan harian seperti sebelum tanggal 20 may yang lepas, tanpa isteri tersayang…itupun jika boleh…jika termampu…hanya tuhan saja yang tahu perasaan ketika ini….perasaan yang datang ketika saat perpisahan dengan isteri tercinta kian hampir…


--abang tunggu sayang di malaysia okay ...insyaAllah :)
--abang--

Sunday, May 08, 2005


anak-anak yang bersih dr dosa Posted by Hello

Your children are not your children
They are the sons and daughters of life's longing for itself
They came through you but not from you
And though they are with you, yet they belong not to you
You may give them your love but not your thoughts
For they have their own thoughts
You may house their bodies but not their souls
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams
You may strive to be like them,
but seek not to make them you like you
For life goes not backwards nor carries with yesterday
Your are the bows from which your children as
living arrows are sent forth
The archer sees the mark upon the path of the infinite, and
He bends you with His might that
His arrows may go swift and far
Let your bending in the archer's hand be for gladness,
For even as he loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.