Al-Sa'ihun fil Ardh

"Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan yang tidak mencintainya. Tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukai". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

Sunday, June 27, 2004

islam HAdhari

Assalamualaikum wbt, menemui sahabat yang dikasihi sekalian. Semoga berada dalam lindungan dan rahmat serta kasih sayang Ilahi walau di mana berada. Dan semoga sejahtera dan suburlah sentiasa iman di hati, insya Allah. Baru-baru ni, kami mendapat sahabat blogger yang baru, semoga kehadiran kalian bukan sekadar menambah ceria dan warna warni kehidupan blog ini, malahan dapat kita sama-sama menyumbang ke arah mendaulatkan dan menegakkan Islam dalam hati kita semua, insya Allah. Dengan ertikata lain, semoga masa yang kita peruntukkan untuk mencurahkan idea dan menyiapkan blog ini, kita niatkan kerana Allah dan dakwah, dan semaga Dia menerima usaha kita ni.
Rasanya dah lama voting pasal Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah tu diletakkan dalam blog ni. Kerana masalah tertentu ia tidak dapat di assess. Dan akhirnya dah tukar pun vote baru.. tak pe la…
Pada kesempatan kali ni, dengan sedikit pengetahuan yang ada saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tajuk ini.. (sebenarnya dah lama diberi kerja rumah ni)
Hadhara dari sudut istilah bahasa arabnya bermakna pembangunan. Istilah ini pernah disentuh oleh tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Khaldun dan Said Hawa dalam aspek kajian sosial dan kemasyarakatan. Manakala istilah Islam Hadhari pula baru sahaja dipopularkan oleh beberapa tokoh terkemuka di tanah air,. Islam Hadhari yang digunapakai akan membawa maksud Islam Pembangunan, yang menisbahkan Islam itu kepada satu aspek yang lain iaitu pembangunan. Berlainan dengan konsep yang digunapakai oleh tokoh-tokoh terdahulu yang menisbahkan sesebuah masyarakat kepada ciri-ciri sama ada masyarakat Hadhari (maju/semasa), masyarakat madani(bandar/tamadun), Masyarakat Badwi(darat/hulu) atau masyarakat Misri (kota/budaya).
Mengapa kita menolak Islam Hadhari?
1. Dari segi pengunaan istilah, ia mengambarkan bahawa seolah-olah ada sesuatu yang ditempelkan kepada Islam untuk membangunkan atau memajukan Islam atau masyakarat Islam. Padahal, yang kita pelajari dan sering kita ulangi dalam skema jawapan UPSR, PMR, atau SPM bahawa Islam adalah agama yang syumul. Maka dengan Islam yang syumul inilah kemajuan dan pembangunan umat Islam akan terlaksana, seandainya Islam yang syumul ini kita jadikan sebagai Ad-din (cara hidup- bukan sekadar sebagai agama)
2. Seolah-olah wujud versi-versi tertentu dalam Islam.
3. Justifikasinya apabila kita menerima istilah dan konsep ini adalah, tanggapan orang awam (Islam atau Bukan Islam) bahawa Islam yang selain Islam Hadhari menolak ketamadunan atau kemajuan.
4. Hilanglah sifat kesempurnaan Islam.
ni dululah yang dapat saya sampaikan buat masa ni, harap sahabat2 dapat lah menambah atau membetulkan mana2 yang silap.. insya Allah
wallahu alam

2 Comments:

  • At 2:16 AM, Anonymous Anonymous said…

    Assalamaualaikum wbt

    izinkan saya menulis...
    mungkin apa yg dikatakan ttg Islam Hadhari itu betul. Namun memetik pendapat Prof Mahmud Zuhdi dalam selamat pagi malaysia mengenai istilah negara islam yg lebih kurang berkata, nama tidaklah sepenting isi yg nak disampaikan. Kalau satu pihak kata malaysia negara Islam, maka tunjukkan dan lakukanlah sebagaimana negara islam buat. Kalau satu pihak lagi kata Malaysia bukan negara Islam, maka usahakanlah supaya memenuhi konsep negara Islam yg dipakai.

    Walaupun nama itu penting, namun pada saya, skrg ini adalah lebih penting utk kita menyokong usaha ke arah kebaikan, dan menegur dgn cara yg baik apa yg tidak elok. Menekankan konsep islam hadhari melambangkan usaha kerajaan (secara zahir) utk menerapkan ciri ciri Islam yg membangun. Mungkin tidak menyeluruh, namun sbg permulaan bagi saya ini sudah bagus. Dgn bersama merealisasikan konsep ini (walaupun mungkin tatabahasanya tak betul), kita bolehlah berkata pada yg melanggar tatacara agama, "kerajaan nak terapkan Islam (Hadhari), tapi kita masih lagi buat macam ni..."

    Terima kasih

     
  • At 4:51 AM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum wbth..
    semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat ALLAH...

    saya terpanggil untuk memberi komen tentang tajuk yang agak menarik ni...

    bagi saya tak perlulah diwujudkan pengkelasan2 Islam seperti itu.. menurut satu ceramah oleh ulama' terkenal iaitu ustz dato' dr.harun din, sepanjang pengajiannya, beliau tak pernah mendengar pengkelasan islam seperti itu.. HADHARI membawa maksud maju maka beliau mempersoalkan adakah selama ini islam yang di amalkan adalah islam yang mundur?? maka kita yg cetek pengetahuan agama ni tak perlulah membuat pengkelasan2 seperti itu..

    adalah lebih baik sekiranya kerajaan menumpukan pada perlaksanaan Islam secara menyeluruh ... yang mana apa yang saya perhatikan kerajaan perlu menumpukan kepada pembangunan akhlak berbanding dengan pembangunan material.. apa yang saya dapat lihat keruntuhan akhlak semakin menjadi2.. kebnayakan remaja2 islam lebih gemar memilih cara hidup barat.. kerajaan yang mentadbir dan mempunyai kuasa perlu mengambil tindakan dengan mengurangkan sajian2 hiburan yang tidak lain hanya meruntuhkan nilai2 islam dalam jiwa masyarakat.. fikirlah, kemana sebenarnya masyarakat nak dibawa??? kepada kehancuran?? jika ya, teruskanlah menyajikan hiburan2, pesta2 sure heboh, sekat kebebasan para ulama' untuk berdakwah, biarkan masyarakat dalam kejahilan... teruskanlah kalau nak lihat msyarakt hancur.. dan kafir laknatullah bersorak gembira..

     

Post a Comment

<< Home