HIdup di dunia yang sementara...
Sepuluh PErkara SIA-SIA…
Sufyan At-Tsauri,seorang ulama hadith yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam perkara sia-sia iaitu :
1 Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya dan kaum muslimin.
2 Orang yang kerap membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3 Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4 Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
5 Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6 Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7 Dua orang lelaki yang bersahabat , tetapi mereka tidak saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
8 Lelaki yang mengundang seorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamu itu.
9 Orang yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10 Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home