soal hati
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Ali-imran 133-134)
Susah nak cerita tentang hati ni, selain dari diri kita sendiri, yang mengenali hati kita adalah Allah SWT.bila hati sedang marah, kalau ianya tidak dikawal kita boleh menyakiti hati orang di sekeliling kita.bila hati merajuk, terasa dengan kata-kata sahabat kita,kalau tak dikawal ,boleh mencacatkan persahabatan kerana kita akan mula melihatnya dengan pandangan yang berbeza.bila hati terasa sayang pada seseorang,kalau tak dikawal boleh menyebabkan kita membuat perkara yang tak sepatutnya sebagai seorang muslim.boleh mengganggu fikiran dan kadangkala membinasakan diri.bila hati rasa gembira, kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat Tuhan hingga kita lupa nak merendahkan diri kepada Pencipta menyampaikan ucap syukur kita sebagai hamba.bila hati terasa sedih,sayu, kita mencari-cari dahan untuk berpaut tetapi hanya pada manusia, tidak kembali pada Allah dan mengadu denganNya kerana sebenarnya Dialah Pendengar yang terbaik.
bila kita dekat pada Allah,tautan hati kita yang teguh denganNya akan memandu hati kita,perbuatan kita dan perkataan kita.hidupkan hari-hari kita dengan sifat husnuzhan,suburkan ia dengan sifat-sifat mahmudah,serikan malam kita dengan ketundukan kita pada Allah SWT di atas tikar sejadah.tiada cara untuk mendidik hati ini,Islam adalah terasnya, iman kita adalah pemandunya.bila hati ini sentiasa ingat Allah,cinta kita padaNya akan memandu perasaan-perasaan yang muncul yang kadangkala mengganggu hubungan kita dengan Maha Kuasa.
hati ni macam segelas air,kita masukkan pewarna, merah,kuning atau hijau,itula warnanya,kita letak gula manislah rasanya,bila ditambah garam maka masinlah hasilnya.ia perlu diisi,bila dibiarkan kosong,syaitan dan nafsu berlumba-lumbalah memenuhkannya.
qalb yang dekat pada Allah,akan merintih agar jasad ini kembali kepadaNya bila jasad teralpa dengan pekerjaan dunia.qalb yang sentiasa tawadhu' akan sentiasa mengakhiri harinya dengan muhasabah diri kepada Yang Khaliq.qalb yang sentiasa dibasahi Kalamullah dan zikrullah,akan kuat menahan dugaan dan cabaran.
memang susah nak mendidik hati,tapi setiap perkara perlu ada titik pemulanya.jihad untuk mendidik hati ini perlu pada azam yang teguh.inshaAllah moga Allah beri sang penulis ini dan pembaca-pembaca kekuatan yang kita perlu dalam menuju ke tingkatan hati hamba yang terbaik.Aamin..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home