Al-Sa'ihun fil Ardh

"Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan yang tidak mencintainya. Tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukai". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

Friday, August 13, 2004

Anak Kunci Ibadah

Semenjak kejatuhan empayar Islam lebih 70 yang tahun lalu, segala-galanya jatuh. Kekuasaan jatuh,kekuatan jatuh, kepandaian jatuh, perpaduan, ilmu,kefahaman dan perlaksanaan segala amal sudah jatuh.Segala konsep di dalam Islam, jatuh semuanya. Ia tidak dijadikan pelajaran dan pendidikan lagi sebab apa yang boleh kita hayati, bukan hasil kita dengar sesetengah aspek sahaja tetapi kena faham semua konsep. Umat Islam sejak 70 tahun telah tersalah tentang ibadah.Ibadah difahami secara yang sangat sempit. Ibadah ituhanya sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mengamalkan yang wajib dan perkara-perkara yang sunat. Begitulahyang diajarkan di pondok dan sekolah. Umat Islam tidak pernah diajar bahawa mencari kemajuan, mencari duit,mencari kekayaan dan membangun adalah ibadah. Ini dianggap perkara duniawi. Jadi kalau hal-hal kemajuan, kekayaandan pembangunan dunia itu tidak termasuk ibadah,ertinya konsepnya telah rosak. Ia bukanlah untuk mengabdikan diri pada Tuhan tetapi hanya untuk kesenangan dan makan gaji. Itulah konsep hidup.Di sini sudah ada 2 kesalahan:

1) Ibadah telah disalah takrif
2)Konsep pembangunan dan kemajuan, mencari ilmu,memimpin pun tersalah

Sebab itu dari ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji tidak pun melahirkan akhlak mulia. Dari semua amalan, tidak lahir pun akhlak mulia.Orang-orang yang beribadah dan tidak beribadah, sama sahaja. Dua-dua kaki tipu dan kaki rasuah. Yang dikategorikan sebagai ibadah pun tidak berperanan. Yang tidak dianggap ibadah itu, sudah tentulah. Yang dianggap ibadah pun tidak membangunkan insaniah.Konsep ibadah sudah salah.Sepatutnya ibadah itu untuk mengabdikan diri pada Allah. Untuk dapatkan rasa hamba. Tetapi apa yang berlaku, ibadah itu dibuat untuk dapat pahala.

Konsep ibadah sudah ditukar. Ibadah itu konsepnya adalah untuk abdikan diri pada Tuhan, supaya rasa hamba. Sembahyang untuk bangunkan rasa hamba, naik haji untuk bangunkan rasa hamba, supaya rasa hina dan rendah diri dengan Tuhan.Pahala itu hak Tuhan. Hak kita ialah untuk rasakan diri kita hamba. Ibadah pun konsepnya sudah salah iaitu hendak dapat pahala dan takut masuk neraka.Jadi, disini kesalahan yang pertama ialah ibadah tidak ditamsilkan ibadah. Yang kedua, berbuat (kemajuan,menuntut ilmu, membangun) untuk diri , untuk senang.Yang pertama tadi buat ibadah kerana hendak sesuatu diakhirat. Yang kedua itu pula, hendak sesuatu tetapi didunia. Kedua-dua konsep rosak. Maka kedua-duanya tidak ada erti disisi agama. Sebab itu kita tengok orang sembahyang pun kita prejudis sebab dia hendak pahala.Sebab itu perangai tidak berubah.

Membangun kemajuan, mencari kesenangan bukanlah satu kesalahan kerana kemajuan dan kesenangan amat diperlukan dalam kehidupan kita.Tetapi kita harus sedar apabila kita dah maju dan dah dapat kesenangan bukan senang nak kekalkan sifat kehambaan.Menuntut ilmu hingga menjadi pandai memanglah disuruh,sesetengah ilmu wajib dipelajari. Kalau tidak dipelajari adalah satu kesalahan disisi Tuhan kerana ia memberi faedah kepada kepentingan umum dalam kehidupan. Tetapi apabila pandai dapat menguasai ilmu bukan senang hendak merendah diri sesama insan.Biasanya ramai orang menjadi ego dan sombong kerana kepandaian.Kekayaan tidak salah dicari.Kalau pandai menggunakan kekayaan ramai pula orang yang dapat dibela,masyarakat dapat manfaatnya. Tetapi setelah kaya bukan senang hendak menjaga hati. Biasanya datang sifat bangga, bakhil pun tiba, cinta dunia pun berbunga,orang miskin dihina.

Menjadi pemimpin bukanlah salah, adakalanya ia menjadi fardhu kifayah.Tetapi setelah menjadi pemimpin biasanya watak mudah berubah. Sebelumnya lembut menjadi pemarah, biasanya penyayang menjadi pemberang.Dahulu bertimbang rasa sekarang menjadi zalim pula.Begitulah manusia susah hendak mengekalkan rasa kehambaan. Setelah senang, mewah, ada nama biasanyaTuhan dilupakan.Jauh sekali hendak takut dan cintakan Tuhan. Begitulah watak dunia, kalau tidak maju terhina, jika maju menghina pula. Berjaya dalam kehidupan berbangga, tidak berjaya inferiority complexp ula. Berjaya pun datang sifat negatif, tidak berjaya pun begitulah juga. Mengapa terjadi begitu? Di mana silapnya? Buat jadi bahaya, tak buat pun bahaya!Silapnya manusia ialah mencari kemajuan dunia bukan untuk keredhaan Tuhan tetapi keredhaan diri sendiri dalam kehidupan.

Maka terjadilah seperti yang telah disebutkan:" Rupanya dunia itu memang diperlukan tapi ia seperti anak gadis, jarang kita tidak digodanya.Atau dunia seperti ular berbisa, pandai menggunanya ia menghiburkan, tapi jarang orang tidak dipatuknya."Jadikanlah menuntut ilmu, mencari kekayaan, membangun dan memimpin itu sebagai ibadah juga. Kalau yang ini ibadah juga, maka kenalah buat macam amalan yang bersifat ibadah sebagaimana ibadah yang pertama tadi.Kalau betul-betul kita anggap menuntut ilmu, mencari kekayaan, membangun dan memimpin sebagai ibadah, kita kena kaji apa syarat rukunnya. Seperti sembahyang dan puasa yang ada syarat dan rukunnya, kalau tak, tidak sah, maka begitu juga kalau hendak membangun, hendakmenuntut ilmu, hendak berniaga dan juga bila menjadi pemimpin..semuanya ada syarat dan rukun.

Jadi, bila kita kena jadikan ibadah, kita kena fikir begini, contohnya," Aku hendak buat kuliah. Hendak jadi motivator. Hendak buka syarikat motivasi. IniTuhan suruh. Ini ibadah. Kalau Tuhan suruh, tentu Tuhan beri guideline. Tentu Tuhan ajar bagaimana nak jadi pendakwah berjaya sebagaimana Tuhan beritahu bagaimana hendak berjaya dalam sembahyang. Jadi orang berilmu tak boleh sombong. Aku syarah untuk wakili Tuhan. Janganlah aku buat perangai. Janganlah sampai Tuhan tarik kebolehanku." Kita pun check lah apa yang boleh atau tidak.Dalam sembahyang, kita sebut" Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah." Tidak pun disebut hendak dapat pahala. Tetapi kita sudah langgar syarat-syarat Tuhan. Rupanya selama ini kita tersilap faham konsep ibadah.Rupanya hendak membangun boleh tetapi kena kekalkan rasa hamba.

Kita rasa hendak membangun, kita rasa hendak ibadah kerana Tuhan. Kita hendak pandai boleh tetapi jangan sampai sombong.Begitu juga hendak mencari kekayaan, jangan menghina, bakhil dan cinta dunia.Ini semua mesti ditanam dari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.Selama ini ada tak orang bermusafir rasa ibadah? Siapa ajarkan bahawa kita sembahyang kerana hendak dapat pahala? Itu bukan konsep ibadah. Ada tak orang yang sembahyang kerana hendak lahirkan rasa bertuhan? Ulama' pun tidak rasa begitu. Yang dibesar-besarkan adalah pahala. Itu hak Tuhan, bukan hak kita.Kalau boleh jadi pemimpin, lagilah tak boleh sombong.Bukanlah ia besar mana pun tetapi kalau kita boleh sampai jadi pemberang, Tuhan benci.Jadi anak kuncinya ialah kita buat kerana Tuhan. Kalau semua diusahakan kerana Tuhan, ini boleh menjalinkan kasih sayang disamping mendapat keredhaan Tuhan.Senang di dunia, bahagia di akhirat. Selesa di dunia dan selamat di akhirat. Bukan senang nak bangunkan semula konsep setelah jatuhnya Islam sejak 70 tahun lalu. Hari ini, paling baik yang berlaku, orang kata," Kalau dapat harta,sedekahlah." Itu pun umat Islam tidak kategorikan sedekah sebagai ibadah. "Kalau ada ilmu, ajarlah orang." Itu pun bukan kerana ibadah. Akhir kata, buatlah kemajuan dunia kerana Tuhan,insyaAllah faedahnya untuk dirasa bersama sesama insan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home