Al-Sa'ihun fil Ardh

"Sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan yang tidak mencintainya. Tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukai". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

Friday, June 03, 2005

count down...

Hari ni, jumaat…alhamdulillah sekali lagi sempat lunch di hospital bersama isteri tersayang sebelum menunaikan solat fardu jumaat..sama seperti hari hari lain dalam minggu ni, lunch bersama isteri di hospital menjadi satu rutin yang sangat seronok dan merupakan pengalaman yang sangat indah walau hanya sandwich dan panini menjadi hidangan, kerana bukan hidangan itu yang penting, tapi saat yang diluangkan bersama itulah yang paling bermakna…

Tempoh 2 minggu yang berlalu memberi banyak gambaran darihal suasana kehidupan seharian isteri di sini….tentang kesunyian, tentang kesusahan, tentang kepayahan, sejak dari awal pagi hingga ke malam hari, dari hari ke hari, minggu ke minggu, merangkumi urusan pekerjaan, urusan dirumah, keperluan harian dan peribadi, bertarung dengan keadaan, perasaan dan emosi…sangat susah…segalanya perlu dilakukan sendirian…

Hidup berseorangan cuma sesekali ditemani rakan, jauh di rantau orang….bukanlah satu yang diimpikan oleh setiap wanita bergelar isteri…setiap perbuatan, gerak geri, tutur bicara, pergaulan, penampilan, dan sebagainya perlu dijaga dan dipelihara…hanya mereka yang tabah, cekal, perpegang teguh pada kekuatan iman dan peribadi, serta paling penting bersifat redha, sahaja yang mampu menghadapi ujian ini..

sabarla banyak banyak, sayang kene kuat, dah tak lama lagi dah, sebulan je lagi, insyaAllah semuanya akan ok nanti”: itulah kata kata yang sering diulang kepada isteri…kerapkali terasa diri ini begitu lemah, hipokrit…mengucapkan sesuatu yang diri sendiri tak mampu lakukan..

Antara sedar dengan tidak, terima atau tidak, kini genap sudah 14 hari meluangkan masa bersama isteri tersayang di bumi dublin ni...terasa amat singkat, amat cepat masa berlalu....dengan izin Allah, hari esok pasti akan datang..hari untuk diri ini berangkat semula pulang ke malaysia untuk kembali meneruskan kehidupan harian seperti sebelum tanggal 20 may yang lepas, tanpa isteri tersayang…itupun jika boleh…jika termampu…hanya tuhan saja yang tahu perasaan ketika ini….perasaan yang datang ketika saat perpisahan dengan isteri tercinta kian hampir…


--abang tunggu sayang di malaysia okay ...insyaAllah :)
--abang--

0 Comments:

Post a Comment

<< Home